Cara-cara mencari arah pemancar MYTV dengan Menggunakan Aplikasi Antenna Pointer



Harini kami nak terangkan cara-cara menentukan arah pemancar MYTV dari tempat anda dengan hanya menggunakan aplikasi "Antenna Pointer".

Begitu senang dan mudah.



Langkah 1:

Muat turun "Antenna Pointer" daripada playstore. Kemudian "install" aplikasi ini.




Langkah 2 :

On kan GPS telefon anda. 
Kemudian, buka aplikasi "Antenna Pointer" tadi.





Langkah 3:

Klik pada button "Aim" beberapa kali sehingga GPS lock kawasan anda berada.




Tempat tinggal anda berjaya dikesan oleh GPS.





Langkah 4:

Klik button "Aim" yang atas untuk tentukan lokasi pemancar.




Kemudian, klik "Geocoder".




Langkah 5: 

Masukkan koordinate pemancar yang terdekat anda dan klik "Save"

Sebagai contoh, kami berdekatan dengan Pemancar Bukit Sungai Besi, maka koordinat pemancar adalah;

Longitude: 101.73333
Latitude: 3.06666

Sila rujuk pada gambar seterusnya untuk senarai koordinat pemancar atau boleh google sahaja koordinate yang diperlukan.








#lain-lain koordinate untuk pemancar yang tidak dinyatakan di atas boleh dirujuk dalam google. Contoh, pada ruangan search taip "koordinat Gunung Pulai"


(kemaskini 13 Apr. 19)

Langkah 6 : 

Satu garisan lurus berwarna merah akan kelihatan di antara kedudukan semasa anda (rumah) ke pemancar MYTV terdekat (latitude & longtitude yang anda set tadi).



Langkah 7:

Bandingkan telefon anda dengan antenna. 

Kedudukan telefon seharusnya selari dengan arah antenna (tulang yang pendek adalah hadapan).






Langkah 8:

Lihat skrin telefon, pusingkan ke kiri/kanan telefon sehingga Garisan Merah berada dalam kawasan Hijau. 




Garisan lurus berwarna Merah telah berada di kawasan HIJAU. 

Ini bermakna antenna anda harus di pasang menghadap arah ini.





Langkah 9:

Anda telah berjaya mengenalpasti arah kedudukan pemancar MYTV terdekat, maka langkah terakhir adalah pemasangan antenna. 

Pasangkan antenna anda di tempat yang sesuai. Dan pastikan Antenna menghadap arah yang ditunjukkan oleh "Antenna Pointer".










Langkah 10:

Scan channels MYTV di dekoder / TV anda.

Cara-cara untuk 'lock' channel MYTV boleh dipelajari melalui link di bawah.
SILA KLIK DISINI.

Selamat berjaya.



 Untuk pembelian antenna JP-5E; sila Klik Di Sini.